Klik Untuk Maklumat Lanjut :

Tuesday, October 11, 2011

LOKASI KEM LAMBAIAN DANAU DAN BAGAIMANA KE SINI :

Kem Lambaian Danau terletak di Kampung Chinchin, Jasin, Melaka. Ianya terletak di tanah seluas 10 ekar dengan dikeliling oleh tasik air tawar yang luas. Suasana di sini aman, tenang dan hijau ! Dari Kem Lambaian Danau, kita dapat melihat pemandangan Gunung Ledang.

Kem Lambaian Danau walaupun dalam negeri Melaka, tetapi amatlah hampir dengan sempadan Melaka-Johor. Jika anda dari Utara-Selatan mengikut Lebuhraya PLUS, exit di Tol Tangkak. Hanya 8 km dari Tol Tangkak ke Kem.


Bagaimana ke sini ?


Jika anda dari Lebuhraya Utara-Selatan

1. Exit di Tol Tangkak. Terbentang di depan, papantanda ' Selamat Datang ke Tangkak'. Belok kanan.

dan pandu terus ke Bandar Tangkak hingga berjumpa Traffic Light yang pertama.


2. Belok kiri di Traffic Light, Balai Polis Tangkak.


3. Pandu terus hingga ke sempadan Johor- Melaka ( lebih kurang 5 km dari Traffic Light). Anda akan jumpa landmarks ini :

Dataran Tangkak

Mahkamah Majistret Tangkak

4. Pandu terus sehingga anda nampak Papantanda ini :

dan anda juga akan jumpa :

..ini. Selamat Datang ke Negeri Melaka !

Belok kiri bila anda di Simpang Tiga dan jumpa Papantanda-papantanda seperti di bawah : (Ikut arah ke Jasin). Pandu terus.


5. Terus lagi hingga anda berjumpa Balai Polis Chinchin. Disebelah kiri anda.

50 meter dari BP Chinchin, anda akan nampak :

Papantanda KEM LAMBAIAN DANAU

Belok kiri dan pandu ke jalan naik bukit sedikit sebelah SK Chinchin.

Ikut papantanda Kem. (Sebelah kiri anda) dan sebelah kanan anda pula ialah,

Sekolah Kebangsaan Chinchin

6. Pandu terus. Selamat Datang ke KEM LAMBAIAN DANAU !!!


Jika anda orang Melaka, dari bandar Jasin. ( Dari Roundabout depan Balai Polis Jasin ke KLD ialah 8 km)

1. Pandu ikut Jalan ke Tangkak (Jalan Chinchin).
2. Anda akan berjumpa MRSM Jasin. Pandu terus.
3. Terus lagi hingga berjumpa SK Chinchin. Belok kanan.
4. Ikut papantanda KLD
5. Selamat Datang






No comments: