Klik Untuk Maklumat Lanjut :

Friday, October 11, 2013

KEM CUTI SEKOLAH @ SUMMER CAMP 2013





28 November - 1 Disember 2013

Cuti sekolah dan masa untuk anak-anak kembali ke Kem Lambaian Danau . Summer Camp @ Kem Cuti Sekolah datang lagi, November ini !

Untuk Pakej Kem Cuti Sekolah Sesi 2013 , sila isi borang tempahan dan buat pembayaran selepas anda mengisi Borang. Harga Pakej Kem Cuti Sekolah ialah RM 285.00 seorang untuk 4 hari 3 malam. Pakej ini meliputi latihan dan aktiviti, makanan dan minuman, (termasuk bekalan makanan dan air sewaktu aktiviti), penginapan dalam khemah (tidur dalam chalet kalau hujan) , t-shirt Kem Cuti Sekolah dan sijil penyertaan.

Dan untuk mereka yang pernah hadir ke Kem Cuti Sekolah sebelum ini, kami juga ada menawarkan kadar diskaun untuk mereka.RM 225.00 seorang. Bagi pakej berkumpulan lebih dari 5 orang, harga yang sama RM 265.00 seorang dikenakan.

Seperti siri-siri lepas, Kem Cuti Sekolah kami adalah module ‘Summer Camp’. Anak-anak belajar melalui pengalaman. Setelah lama menelaah pelajaran di sekolah, anak-anak dapat melepaskan tekanan dengan melakukan aktiviti pada masa cuti sekolah. Mereka juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru.
Biarkan mereka relax sambil menimba ilmu melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan. Kami juga fokus untuk meningkatkan keyakinan diri anak-anak peserta ini. Tidak mahu anak-anak yang penakut, pemalu, tidak tahu berkongsi dan tidak tahu berkawan.
Jangan buang masa, daftarkan anak-anak anda hari ini. Tarikh tutup pendaftaran pada 25 NOVEMBER 2013. Isi Borang Penyertaan (disebelah kanan blog) hari ini !

Kami sedia dihubungi bila-bila masa jika anda ada sebarang pertanyaan atau masalah.

Azfar 012 271 5907, 

Soufi 019 520 7054, 

Suzainiza 013 642 6498 atau 

Emel ke mkdiversifiedsolutions@gmail.com



PROGRAM TENTATIF


Hari Pertama (KHAMIS 28 November  2013)
MASA
AKTIVITI
2.00 - 4.00 petang
Pendaftaran di Anjung Tamu, KLD. Jamuan ringan disediakan untuk semua.Ucapkan Selamat Jalan Kepada Ibu dan Bapa.
4.15 petang
Taklimat Program.
4.30 petang
Solat Asar Berjemaah.

Pengurusan Diri.
5.00 petang
Dirikan khemah.
5.30 petang
Aktiviti 1. Mari Melawat Kem !

Kita bagi ikan makan !
6.00 petang
Bersihkan diri.
6.45 petang
Makan Malam.
7.15 malam
Solat Maghrib. Kuliyah Maghrib dengan Imam Haris, Imam Masjid Kpg Chinchin.
8.45 malam
Aktiviti 2.  'Ice Breaking'
10.00 malam
‘Midnight Feast’
10.15 malam
Aktiviti 3. ‘Night Walk’
11.00 malam
Selamat Malam
Hari Kedua (JUMAAT 29 November 2013)
MASA
AKTIVITI
6.00 pagi
Bangun pagi, bersihkan diri dan Solat Suboh berjemaah. Kuliyah Suboh.
7.00 pagi
Aktiviti 4. Senam Pagi, 'Zapin Ayam'
8.00 pagi
Sarapan Pagi.
8.30 pagi
Aktiviti 5. Run, don't walk !
12.00 tengahari
Bersihkan Diri.
12.30 tengahari
Makan Tengahari
1.00 tengahari
Ke Masjid Kampung Chinchin untuk Solat Jumaat.
2.30 tengahari
Aktiviti 6 . "Water Confidence' dan Aktiviti 7. 'Rafting'
4.00 petang
Minum Petang.
6.30 petang
Bersihkan diri. Rehat.
7.15 malam
Solat Maghrib Berjemaah. Kuliyah Maghrib.
7.30 malam
Makan Malam
8.30 malam
Solat Isya’ Berjemaah.
8.45 malam
Aktiviti 8. "Thinking, Feeling, Action and Result !"
10.00 malam
‘Midnight Feast’.
10.30 malam
Selamat Malam
Hari Ketiga (SABTU 30 November 2013)
MASA
AKTIVITI
6.00 pagi
Bangun pagi, bersihkan diri dan Solat Suboh berjemaah. Kuliyah Suboh.
7.00 pagi
Aktiviti 9. Senam Pagi. 'Chicken Dance'
8.00 pagi
Sarapan Pagi.
8.30 pagi
Aktiviti 10. Biathlon. (Kayak-Cross Country).
12.00 tengahari
Bersihkan Diri
12.30 tengahari
Makan Tengahari
1.30 tengahari
Solat Zohor berjemaah
2.30 petang
Aktiviti 11. Let's Cooking. Kita masak spaghetti bolognaise, moist chocolate cake dan pudding triffle !
4.30 petang
Minum Petang. Solat Asar Berjemaah.
6.30 petang
Bersihkan diri. Rehat.
7.00 malam
Solat Maghrib Berjemaah.Bacaan Yassin.
8.00 malam
Makan Malam BBQ.
8.30 malam
Solat Isya’ Berjemaah.
8.45 malam
Aktiviti 12.
10.00 malam
‘Midnight Feast’.
10.45 malam
Selamat Malam
Hari Keempat (AHAD 1 Disember 2013)
MASA
AKTIVITI
6.00 pagi
Bersihkan diri. Solat Suboh Berjemaah. Kuliyah Suboh.
7.00 pagi
Aktiviti 13. Morning Exercise. Nature Walk.
8.00 pagi
Sarapan Pagi
8.30 pagi
Aktiviti 14. Taklimat ‘War Game’
9.00 pagi
Perang Bermula !
11.00 pagi
Bersihkan diri. Buka khemah dan berkemas untuk pulang.
12.00 tengahari
Makan Tengahari.
12.30 tengahari
Majlis Penutup SCHOOL HOLIDAY CAMP KLD 2013. Penyampaian sijil penyertaan. Sessi bergambar.
2.00 petang
Selamat Jalan, adik-adik !!! Jumpa lagi di SCHOOL HOLIDAY CAMP 2014.